Senin, 26 Juli 2010

E-Book : Che Guevara dan Revolusi Kuba

Tags

Che Guevara dan Revolusi Kuba by Mike Gonzales



Para pekerja tidak bertanah di Brazil membawa dua imej apabila mereka menduduki tanah kosong. Yang satu adalah pemimpin masyarakat desa di Conudos, yang berjuang menentang kerajaan pada tahun 1890-an. Yang kedua adalah Che Guevara di Carakas, Di Buenos Aires di Bolivia, dan di El Salvador, pemuda-pemudi yang bertempur dengan polisi semasa pemberontakan menentang capital global menyelimuti muka mereka dengan kain yang membawa imej Che. Di Eropa pengunjuk rasa memakai kemeja dengan muka Guevara tercetak pada dada mereka.

Ernesto ‘che’ Guevara meninggal dunia pada usia muda. Doctor dari Argentina ini yang meninggalkan tanah air dan kerjaanya untuk menyertai Revolusi Kuba, dibunuh di sebuah kampong pengunungan di Bolivia sewaktu dia tercedera. Akhir bulan itu adalah Oktober 1967, dan Ernesto Guevarra belum berusia 40 tahun.
Di Kuba, dimana Che merupakan seorang pemimpin revolusi tahun 1959 yang berwibawa dan berkuasa, wajahnya yang disinari oleh lampu neon menghiasi beberapa tingkat bangunan di Dataran Revolusi di Havana. Dan pasa poster dan papan tanda, imej Che berdiam diri disisi laungan untuk menyokong kerajaan Kuba. Sambil anda menjelajah Bandar-bandar Kuba, ia adalah wajah Che yang memenuhi tempat-tempat awam dan bukanya wajah lelaki yang telah menguasai kehidupan politik Kuba sejak revolusi tersebut Fidel Castro.

donlot


EmoticonEmoticon